The Apprentice. Dalam banyak-banyak siri realiti tv kat dunia ni, aku paling minat dengan The Apprentice ni. Kenapa? Ok... aku tak nafikan dekat Malaysia ni ada banyak siri realiti tv. WWW, MI, AF, Audition blablabla... Malaysian Top Host (coming soon), Mentor (coming soon) dan banyak lagilah. Tapi, satu persamaan antara semua siri tu ialah siri-siri tu semua tentang hiburan. Pitching macam mana, suara itu ini... hiburan je... Memang tak ada gunanya kepada peserta-peserta tu 20 tahun dari sekarang. Kecualilah mereka nak jadi penghibur(?) sampai mati. Sudah tu, kalau fikir balik, siri-siri tu banyak mem'pokaikan'kocek kipas-susah-mati siri-siri tu. Bayangkan Astro dapat RM 15 juta hanya daripada sumbangan SMS para penonton. Itu tak kira berapa baldi air mata yang mereka habiskan untuk peserta kegemaran mereka.
Tapi cuba tengok The Apprentice (TA). Hos dia adalah penerbit dia. Ada tak membazir duit penonton? Takde!! Dia sendiri yang tentukan siapa kekal, siapa dibuang. Yang dibuang/ dipecat pun bukan dipecat 'for nothing'. Sekurang-kurangnya mereka dapat ilmu yang berguna untuk kegunaan sampai mati. Episod minggu lepas, masa Manager dia kena buang, dia tak menangis, tak marah Mr. Trump, tapi dia ucapkan terima kasih sebab bagi dia ilmu yang tidak ternilai harganya. Nak kata dekat Malaysia tak boleh buat, ramai apa Jutawan dekat sini. Billionwan pun ada. Tapi, aku tahu kenapa mereka tak berani melabur untuk beri sedikit ilmu yang pada hakikatnya boleh dikongsi oleh 22 juta rakyat Malaysia melalui tv. Sebabnya, kebanyakannya asal orang susah. Bila dah jadi kaya, mesti takut jatuh miskin balik. Apa kata jutawan Yayasan Al-Bukhary tu buat siri Perantis. Dia jadi hos. Kan seronok. Ini balik-balik siri realiti tv hiburan. Membazir air mata je. Tengok TA pun kita dapat menyelami perasaan mereka yang menyertainya, tak gitu?
p/s: bilalah agaknya aku dapat tengok siri 'PERANTIS'?...
Posted at 06:12 pm by I Z W A N
malaysia web design June 23, 2009 12:34 PM PDT aku sokong tapi tak banyak la
web design April 16, 2009 05:45 PM PDT aku pun sokong 200%
J August 12, 2006 01:43 PM PDT hiburan & hiburan... dunia ni takkan ceria dgn hiburan kerana itu kanak2 sekarang dah kenal artis dr nama guru sendiri.. Knp? Salah sape? undilah dgn sms sape kaya? n apa pulangan yang kita dpt? kalau dpt album free takpe jugak ni kene gak keluar duit nak beli lg mane tak cetak rompak sentiasa ada. aku sokong apprentice ni coz it help our thinking and learning beside sharing what they do to success a task. it not simple but challanging. This program is useful and perhaps 1 day it happen in our beloved Malaysia. Those producer please create more mentality and educate program rather than entertainment.. think bout welfare once u rich. dont set in mind "the rich become the king the poor become the slave"...
hafizah March 11, 2006 12:51 AM PST kalu rancangan ni di buat aku sure akan try masuk..tp kalu cam realiti yg berlambak skrg , buang masa aje..
IZWAN March 17, 2005 06:04 PM PST Betul-betul!! Nasib baik saya ada penyokong!! Hahaha!!! Sekali-sekali buatlah perubahan dekat siri 'realiti tv' tu kan?
cempakabiru March 17, 2005 04:54 PM PST btul tuh....akak sokong 100%! yg penting ialah ilmu bkn rupa dan gaya!dan yg paling-paling penting, jgn kempiskan poket penonton utk tebalkan poket penganjur or penerbit.
Khairul Idzwan was born on 22nd of May 1987 (23 Ramadhan), Friday, at 7.43 a.m in Klang, Selangor (Pantai Specialist Medical Centre). Currently he is staying in Alam Megah, Section 28, Shah Alam and he is an ex-SMAPian [SMA Persekutuan, Labu, Seremban]. He studied at SMA Persekutuan since 2000 and he is still waiting for letter of offer from IPT.
MLLK Chronologies :
December 2002 > Started writing in 'Seperti Yang Diceritakan Oleh'
1 January 2003 > MLLK officially launched with its new look
1 January 2004 > MLLK 1st Birthday
10 December 2004 > MLLK new look for its 2nd birthday was launched
20 December 2004 > Received an award in Golden Web Awards 2003/2004