[Monolog] : Kisah Solat Jumaat si Dr. Aminah dengan gambarnya sekali...!!
Picture Courtasy of : http://www.muslimwakeup.com
Assalamualaikum w.b.t... Emm... dah lama aku tak menulis kan? Oklah... hari ni aku nak tulis tentang satu perkara yang sedang hangat diperkatakan (walaupun tak sehangat isu Halal sosej tu, tapi hakikatnya perkara ni lebih hangat daripada isu Halal sosej tu... faham tak? hehehe...). Apa lagi kalau bukan tentang seorang Dr. yang sedang mengajar ajaran sesat ni. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Dr. Amina Wadoud. Tengok gambar kat atas tu. Aku dapat gambar tu dekat laman web muslimwakeup.com. Alah, persatuan Muslim WakeUp punya laman weblah. Kalau siapa yang kenal Ani, seorang rakyat Malaysia yang tinggal dekat A.S sekarang ni, yang nyanyi lagu Umah Wake Up... haa!! Nilah laman web persatuan dia. Persatuan ni antara penaja utama Solat Jumaat Bercampur Jantina Diimamkan Wanita atau dalam B.I nya diaorang kata The Female-Led Mix Gender Friday Prayer. Dalam laman web tu, punyalah banyak hujah yang mereka bagi bagi membuktikan ketidaksalahan mereka menganjurkan solat tersebut. Sebab pertama, mereka kata sebab Rasulullah sendiri pernah mengarahkan seorang wanita mengimamkan solat bagi seluruh kawasan tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah tengok dalam laman web tu. Tapi, harap siapa yang nak baca tu sudah matang dalam pemikiran biar tak terpengaruh dek ajaran songsang yang satu ni.
Bagi aku, terang-terangan apa yang dia buat tu haram. Mana taknya, dahlah yang azan tak tutup aurat, dah tu sembahyang Jumaat pulak tu! Dr. Amina pulak yang jadi khatib. Lepas tu, jemaah campur lelaki perempuan. Apa nak jadi?? Dalam Islam sendiri dah kata yang kaum wanita hanya boleh jadi imam kpada wanita dan kanak-kanak lelaki yang belum baligh! Kalau ye pun dia bertindak atas alasan hak kebebasan wanita atau women-rights, tapi, dia kena sedar hukum tetap hukum. Aku rasa ini mungkin catatan aku yang terakhir. Tapi, bukan ini bererti aku nak berhenti tulis blog, cuma sebab aku nak buat beberapa pengubahsuaian dekat laman ni. Tapi, url tetap sama ok? www.izwan.tk . Guna url tu tau. Jangan pakai mllk2005.blogdrive.com. Ok, gua chow dulu! Nak ambil adik perempuan balik sekolah. Assalamualaikum...
p/s: baru habis tenok sepet malam tadi dengan pagi tadi. layan habis gua cakap lu!!!
Khairul Idzwan was born on 22nd of May 1987 (23 Ramadhan), Friday, at 7.43 a.m in Klang, Selangor (Pantai Specialist Medical Centre). Currently he is staying in Alam Megah, Section 28, Shah Alam and he is an ex-SMAPian [SMA Persekutuan, Labu, Seremban]. He studied at SMA Persekutuan since 2000 and he is still waiting for letter of offer from IPT.
MLLK Chronologies :
December 2002 > Started writing in 'Seperti Yang Diceritakan Oleh'
1 January 2003 > MLLK officially launched with its new look
1 January 2004 > MLLK 1st Birthday
10 December 2004 > MLLK new look for its 2nd birthday was launched
20 December 2004 > Received an award in Golden Web Awards 2003/2004