Menyelami Liku-Liku Kehidupan versi 2005


Wednesday, September 20, 2006
[Monolog] : Terima kasih...

Assalamualaikum... Terima kasih sebab masih ada yang baca MLLK 2005 ni... Cuma nak bagi maklumat, kalau sesiapa yang nak terus menyelami liku-liku kehidupan aku, bolehlah pergi ke http://www.izwan.tk ... Itu je.. terima kasih.. assalamualaikum...

Posted at 10:03 pm by I Z W A N
Kata2 korang(2)  

Wednesday, March 23, 2005
[Monolog] : Kisah Solat Jumaat si Dr. Aminah dengan gambarnya sekali...!!


Dr. Amina Wadud imamkan Solat Jumaa(?)
Picture Courtasy of : http://www.muslimwakeup.com

Assalamualaikum w.b.t... Emm... dah lama aku tak menulis kan? Oklah... hari ni aku nak tulis tentang satu perkara yang sedang hangat diperkatakan (walaupun tak sehangat isu Halal sosej tu, tapi hakikatnya perkara ni lebih hangat daripada isu Halal sosej tu... faham tak? hehehe...). Apa lagi kalau bukan tentang seorang Dr. yang sedang mengajar ajaran sesat ni. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Dr. Amina Wadoud. Tengok gambar kat atas tu. Aku dapat gambar tu dekat laman web muslimwakeup.com. Alah, persatuan Muslim WakeUp punya laman weblah. Kalau siapa yang kenal Ani, seorang rakyat Malaysia yang tinggal dekat A.S sekarang ni, yang nyanyi lagu Umah Wake Up... haa!! Nilah laman web persatuan dia. Persatuan ni antara penaja utama Solat Jumaat Bercampur Jantina Diimamkan Wanita atau dalam B.I nya diaorang kata The Female-Led Mix Gender Friday Prayer. Dalam laman web tu, punyalah banyak hujah yang mereka bagi bagi membuktikan ketidaksalahan mereka menganjurkan solat tersebut. Sebab pertama, mereka kata sebab Rasulullah sendiri pernah mengarahkan seorang wanita mengimamkan solat bagi seluruh kawasan tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah tengok dalam laman web tu. Tapi, harap siapa yang nak baca tu sudah matang dalam pemikiran biar tak terpengaruh dek ajaran songsang yang satu ni. 

Bagi aku, terang-terangan apa yang dia buat tu haram. Mana taknya, dahlah yang azan tak tutup aurat, dah tu sembahyang Jumaat pulak tu! Dr. Amina pulak yang jadi khatib. Lepas tu, jemaah campur lelaki perempuan. Apa nak jadi?? Dalam Islam sendiri dah kata yang kaum wanita hanya boleh jadi imam kpada wanita dan kanak-kanak lelaki yang belum baligh! Kalau ye pun dia bertindak atas alasan hak kebebasan wanita atau women-rights, tapi, dia kena sedar hukum tetap hukum. Aku rasa ini mungkin catatan aku yang terakhir. Tapi, bukan ini bererti aku nak berhenti tulis blog, cuma sebab aku nak buat beberapa pengubahsuaian dekat laman ni. Tapi, url tetap sama ok? www.izwan.tk . Guna url tu tau. Jangan pakai mllk2005.blogdrive.com. Ok, gua chow dulu! Nak ambil adik perempuan balik sekolah. Assalamualaikum...


p/s: baru habis tenok sepet malam tadi dengan pagi tadi. layan habis gua cakap lu!!!

Posted at 05:37 pm by I Z W A N
Kata2 korang(3)  

Thursday, March 17, 2005
[Monolog] : Eee... usus 'benda tu' dekat sosej?? Yek!!


Halal yang diragui??
Picture Courtasy of : http://www.islam.gov.my

Nampak logo halal kat atas tu? Hah! Berpusing-pusing lagi. Tapi korang yakin ke dengan jaminan ni? Yelah, dengan kes yang dah memuncak balik baru-baru ni. Ada ke patut usus khinzir dibuat sarung sosej. Takkan diaorang tak faham-faham lagi dengan sensiviti kaum yang ada kat negara ni. Maksud aku, takkan tak faham-faham lagi yang khinzir tu haram bagi umat Islam.

Kadang-kadang, yang jadi masalahnya bila konteks haram atau 'non-halal' bagi diaorang ni sempit sangat. Yelah, mungkin bagi mereka semua ni, 'non-halal' ni cuma bila tak dihidangkan arak, tak dihidangkan khinzir. Tapi, kalau dah kuali tu masak khinzir dulu baru masak benda-benda lain, macam mana? HARAM jugalah tu!!

Jadi, kadang-kadang tu kita jadi ragu-ragu bila nak beli atau makan sesuatu makanan tu. Yelah, macam kes terkini ni, kalau tak dilaporkan, mesti kita tertipu kan? Dah logo pun macam yang asli je! Tak sangka pula logo Halal JAKIM pun boleh jadi mangsa cetak rompak. Apa-apa pun, usaha kerajaan untuk menyeragamkan logo Halal kepada yang macam kat atas tu amatlah aku alu-alukan. Aku rasa bukan aku seorang je. Semua rakyat Malaysia mengalu-alukan kan?

Tapi, satu perkara lagi yang memalukan aku ialah pemberitahuan tentang jumlah pegawai JAKIM yang buat pemantauan. Apa ni? Kalau nak buat operasi lain boleh ramai-ramai, kenapa untuk periksa Halal pun susah. Tambahlah lagi. Pinjam ahli RELA, JPA dan lain-lain tu. Yelah, benda ni kan amat sensitif dan penting. Mana taknya... hari-hari kita makan makanan, tapi kalau tak pasti halal haramnya, macam mana?? Susah kan? Jadi fikir-fikirkanlah. Jangan pandang remeh perkara ni. Ingat, makanan bila dah dimakan jadi darah daging! Hmmm...

p/s: macam mana dengan logo halal tulis tangan tu? tak nak periksa ke? kot-kot ada 'benda tu' dalam makanan ke??!!


Posted at 06:01 pm by I Z W A N
Korang kata...?  

Wednesday, March 16, 2005
[Monolog] : SK vs Sekolah Jenis Kebangsaan!!

Isu SJK dan SK masih wujud lagi nampaknya. Bagi aku, isu ni tak harus wujud kalau pihak yang berkenaan berfikir sejenak tentang masa depan anak cucu bangsa Malaysia ni. Yelah, bayangkan kalau dipisah-pisahkan sejak sekolah rendah lagi, bila mereka nak bertemu? Kan? Aku masa sekolah kebangsaan dengan masa aku masuk sm harian dulu, aku amat rapat dengan kawan-kawan bangsa asing ni. Bukan apa, sebab aku nak tunjukkan dekat kawan-kawan Melayu aku ni yang takde salahnya kita rapat dengan diaorang. Secara jujur aku cakap, aku paling tak berkenan bila aku tengok dekat restoran ke, shopping complex ke, Melayu dengan Melayu je, India dengan India je, Cina dengan Cina je. Kalau macam tu, apa gunanya kerajaan dok sibuk melalak negara ni negara pelbagai kaum yang unik. Rakyat makan sama-samalah, main sama-samalah. Kalau kerajaan merujuk pada tahun 70an-90 an memanglah betul. Tapi, zaman millennium ni, apa yang aku nampak, dalam hati setiap rakyat Malaysia yang berlainan bangsa ni macam wujud kata-kata "Kau-kau, aku-aku". Betul!

Masa sekolah rendah dulu, aku makan sama-sama dengan kawan-kawan bangsa lain, pergi open house diaorang, borak-borak sama-sama, tak mati pun? Takde pun mereka berprasangka kat aku? Kadang-kadang kita yang terlebih perasan. Padahal, diaorang takde apa-apa pun! Macam mana nak mengatasi masalah ni? Senang je! Kita mansuhkan SJK, kita jadikan SK dan SMK sebagai satu-satunya tempat untuk BANGSA MALAYSIA belajar. Tapi, apakan daya aku, cakap memanglah senang, tapi aku bukannya penggubal dasar negara, bukannya pemimpin negara. Jadi, kata-kata orang macam kita ni dipandang sepi je oleh 'orang besar-besar' ni! Tapi, tak tahulah kan? Kata orang mata pena lebih tajam dari mata pedang. Cuma masalahnya, aku guna keyboard, takde matalah... Hmm.. macam mana ye? Entahlah...

Ok, tentang kata-kata aku tadi. Cuba bayangkan, kerajaan kata "Setelah berbincang dan parlimen luluskan, dengan ini saya ishtiharkan SJK dimansuhkan dan semua kaum akan belajar di SK dan SMK". Aku pasti, kaum Melayu rileks je. Kaum Cina dengan India yang anak-anaknya belajar kat SK dan SMK rileks je. Tapi, kaum Cina dengan India yang anak-anaknya di SJK? Huh.. "Mana boleh..Nanti itu budaya India anak saya tarak tau punya!". Yang Cina pula... "Talak boleh maa!! Nanti macam mana anak saya mau belajar itu Mandarin?". Tapi, cuba kalau kita fikir jauh ke hadapan. Maknanya, kita wujudkan kelas Bahasa Mandarin kepada bangsa Cina, kelas Bahasa Tamil kepada Bahsa India, kelas Bahasa Arab kepada bangsa Melayu (kesemuanya kepada yang berminat sahajalah). Kan bahasa asal mereka masih boleh dipelajari. Bukan tak boleh nak buat. Kalau kelas agama untuk yang agama Islam dengan Moral untuk yang tak Islam boleh dibuat, kenapa tidak dengan kelas bahasa? Lagipun, SJK ni kan agenda penjajah dulu untuk memisahkan kaum-kaum yang ada kat negara Malaysia yang tercinta ni. Kalau mereka ni dipisah-pisahkan, macam mana Bangsa Malaysia nak wujud???? Fikirkanlah sejenak demi masa depan negara kita...!!

Haa!! Kan dah panjang aku membebel ni... Sorilah kalau boring tapi aku nak tahu pandangan korang juga. Jadi kalau boleh, tulislah pandangan korang kat sini. Lagi satu, siapa berminat nak jadi penulis jemputan dekat blog aku ni, sila e-mel aku (
niezwan@email.com) ok?

Posted at 06:23 pm by I Z W A N
Kata2 korang(4)  

Tuesday, March 15, 2005
[Monolog] : Realiti tv?


The Apprentice!
Picture Courtasy of:
http://www.nbc.com

 

The Apprentice. Dalam banyak-banyak siri realiti tv kat dunia ni, aku paling minat dengan The Apprentice ni. Kenapa? Ok... aku tak nafikan dekat Malaysia ni ada banyak siri realiti tv. WWW, MI, AF, Audition blablabla... Malaysian Top Host (coming soon), Mentor (coming soon) dan banyak lagilah. Tapi, satu persamaan antara semua siri tu ialah siri-siri tu semua tentang hiburan. Pitching macam mana, suara itu ini... hiburan je... Memang tak ada gunanya kepada peserta-peserta tu 20 tahun dari sekarang. Kecualilah mereka nak jadi penghibur(?) sampai mati. Sudah tu, kalau fikir balik, siri-siri tu banyak mem'pokaikan'kocek kipas-susah-mati siri-siri tu. Bayangkan Astro dapat RM 15 juta hanya daripada sumbangan SMS para penonton. Itu tak kira berapa baldi air mata yang mereka habiskan untuk peserta kegemaran mereka.

Tapi cuba tengok The Apprentice (TA). Hos dia adalah penerbit dia. Ada tak membazir duit penonton? Takde!! Dia sendiri yang tentukan siapa kekal, siapa dibuang. Yang dibuang/ dipecat pun bukan dipecat 'for nothing'. Sekurang-kurangnya mereka dapat ilmu yang berguna untuk kegunaan sampai mati. Episod minggu lepas, masa Manager dia kena buang, dia tak menangis, tak marah Mr. Trump, tapi dia ucapkan terima kasih sebab bagi dia ilmu yang tidak ternilai harganya. Nak kata dekat Malaysia tak boleh buat, ramai apa Jutawan dekat sini. Billionwan pun ada. Tapi, aku tahu kenapa mereka tak berani melabur untuk beri sedikit ilmu yang pada hakikatnya boleh dikongsi oleh 22 juta rakyat Malaysia melalui tv. Sebabnya, kebanyakannya asal orang susah. Bila dah jadi kaya, mesti takut jatuh miskin balik. Apa kata jutawan Yayasan Al-Bukhary tu buat siri Perantis. Dia jadi hos. Kan seronok. Ini balik-balik siri realiti tv hiburan. Membazir air mata je. Tengok TA pun kita dapat menyelami perasaan mereka yang menyertainya, tak gitu?

p/s: bilalah agaknya aku dapat tengok siri 'PERANTIS'?...


Posted at 06:12 pm by I Z W A N
Kata2 korang(6)  


Next Page




Khairul Idzwan was born on 22nd of May 1987 (23 Ramadhan), Friday, at 7.43 a.m in Klang, Selangor (Pantai Specialist Medical Centre). Currently he is staying in Alam Megah, Section 28, Shah Alam and he is an ex-SMAPian [SMA Persekutuan, Labu, Seremban]. He studied at SMA Persekutuan since 2000 and he is still waiting for letter of offer from IPT.

MLLK Chronologies :

December 2002 > Started writing in 'Seperti Yang Diceritakan Oleh'

1 January 2003 > MLLK officially launched with its new look

1 January 2004 > MLLK 1st Birthday

10 December 2004 > MLLK new look for its 2nd birthday was launched

20 December 2004 > Received an award in Golden Web Awards 2003/2004

1 January 2005 > MLLK 2nd Birthday


Vote 4 me-lah!





   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


Main Page

MLLK History
Credit
Izwan's Profile
Links


MLLK v0 2002 Journal
MLLK v1 2003 Journal
MLLK v2 2004 Journal
MLLK v3 2005 Journal
ADMIN
Read Guestbook
Sign Guestbook

© i z w a n 2002-2005





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed