Menyelami Liku-Liku Kehidupan versi 2005


Saturday, March 12, 2005
[Monolog] : Sepet...



One Chinese Boy... One Malay Girl... One Unforgettable Love Story... SEPET...
Picture Courtasy of : http://www.sepet.com.my

 

Sepet... sepet... Nak tengok filem ni tapi tak tengok-tengok lagi. Banyak pro dan kontra tentang filem ni. Bagi aku, selepas tengok 'trailer' filem ni, aku pasti ia adalah sebuah filem yang lain dari yang lain. Macam Rabun. Ingat tak rabun, cerita dekat Cerekarama dulu tu. Yang asalnya sebuah filem cereka daripada Yasmin juga. Filem Sepet ni memang berdasarkan jalan cerita yang sudah aku baca, ia bakal menjanjikan kelainan. Sekurang-kurangnya ia lari daripada filem-filem yang klise dan streotaip yang diterbitkan oleh mereka yang kononnya arif dalam membikin 'filem-filem komersial(?)'.

Kenapa, tak komersialkah filem-filem yang bermaruah ini? Tepuk dada tanya hati... Apa-apa pun, sebuah filem yang tidak menghalang pemuda Cina dan pemudi Melayu daripada bercinta ini amat menarik perhatian aku kerana ia tidak lagi sebuah filem cinta yang terhalang akibat berlainan agama, bangsa, dan budaya. Bukan apa, dah puas aku menatap filem dan drama yang temanya halangan akibat berlainan agama, bangsa, dan budaya ni. Contohnya, masa kecil dulu aku pernah menonton drama "Cinta Man-Dolin". Malah, baru-baru ni, bila aku baca sinopsis filem terbaru Datuk Yusof Haslam, Sembilu 2005, terus tawar hati aku nak menontonnya. Bukan apa, dah tahu apa yang bakal berlaku. Vince(pelakon utama) bercinta dengan pelakon wanita utama dia, lepas tu bila mak bapak dah dapat tahu, dua-dua kena marah dekat rumah. Percayalah... lepas tu, adalah nanti seorang orang tengah yang bertindak memujuk sama ada pujuk mak bapak atau pujuk pasangan yang bercinta tu.

Tapi, Sepet aku percaya lain dari yang lain. Jadi, marilah kita menonton Sepet beramai-ramai. Tontonlah dan berilah sokongan kepada filem Yasmin Ahmad yang telah diberi 7 suntingan tidak bertauliah (asalnya 8) agar beliau akan terus menjadi wirawati, menerbitkan filem yang bermaruah demi menyelamatkan industri filem negara. Adakah kita mahu terus melihat negara ini menjadi tempat longgokan filem-filem 'sampah'? (memetik kata-kata Ku Seman Ku Hussein). Sokonglah filem ini, tontonlah ramai-ramai, biar semua sedar betapa kita ketandusan filem bermaruah...

p/s: SPM dapat 6A... Alhamdulilah...

Posted at 01:02 pm by I Z W A N
Kata2 korang(3)  

Wednesday, March 09, 2005
[Monolog] : Result SPM esok!!

Sedar tak sedar, dah dekat 2 bulan aku tak update site ni. Malu pun ada. Yela, orang lain semua update, yang aku sampai dah bersawang. Baru sekejap tadi aku buang sawang tu dengan buat interior design yang baru. Fuh!! Puas dapat lepaskan apa yang terbuku dekat hati ni kat sini. Aku tukar lagu sebab nanti korang kata boring nye MLLK ni. Dahla bersawang, interior design pun macam tu jugak. Muzik yang korang dengar ni nama dia My Memory. Siapa tengok winter sonata taulah...

Esok 10hb Mac. Berdebar aku bila kenangkan tarikh tu. Kenapa? Heh... esok aku akan ambik slip keputusan SPM kat sekolah. Ingat nak pergi sendiri tapi mak aku nak ikut. Yela, kali terakhir katanya. Mungkin juga kat situ tersimpannya kenangan-kenangan mak aku nak berpisah dengan aku dulu. Ceh... Hehe. Aku pun rindu jugak kat sekolah. Yelah, memori yang tersimpan kat situ tak cukup kalau nak diceritakan dalam sebuah diari. Kat sini lainla... cukup kot..!! Haha!! Tapi, aku tak pasti sama ada aku akan ke sana lagi lepas ni ke tak. Yela... banyak sangat perubahan sampaikan aku tak tahu aku sanggup nak tengok perubahan-perubahan tu atau tidak. Apa-apa pun doakan aku berjaya mencapai keputusan yang cemerlang ye? 10 A pun bagi aku dah cukup... Aku bersyukur kalau itu yang aku dapat. Tapi, aku sasar lebih sikitlah... Doakanlah ye?!

Em... dah lama tak berceloteh kat sini, sekali dah berceloteh tak nak berhenti pulak rasanya. Banyak pengalaman yang aku dapat selama aku kerja kat Panasonic tu. Tapi aku kerja sebulan je. Bukan apa, aku rasa otak aku makin slow bila kerja kat situ. Jadi, aku pun tolonglah mak aku buat catering bila ada tempahan. Hmm... tak sangka ye ada jugak yang tanya pasal aku selama aku duduk menyepi ni. Terima kasihlah kepada Cempaka Biru dan rakan-rakan SMAP yang melawat macam Jijimat @ Azizi dan Nad. Aku doakan korang, korang doakan aku sekali ye? Ish.. takut betul nak ambil slip esok. Aku dah mimpi macam-macam dah pasal keputusan tu. Harap mimpi tu (yang mana mimpi tu sama macam masa UPSR dan PMR) akan menjadi macam UPSR dan PMR. Hush.. belit-belit. Hmm.. aku rasa sampai sini dulu ye. Kalau tidak tak berhenti aku. Oh ye.. siapa nak contact aku no baru aku 013-2324248. Assalamualaikum...

Posted at 05:01 pm by I Z W A N
Korang kata...?  

Monday, January 03, 2005
[Monolog] : Kecilnya dunia ini...

Dunia ni kecil. Kenapa? Masih tak percaya ke? Hehe... takdelah... aku cuma teringat satu 'drama' yang berlaku petang tadi. Ok, biar aku cerita dari awal ye? Ceritanya bermula begini... Kan 21-24 Disember ari tu kan aku gi kem DBP. Pastu, aku dapat sorang kawan karib. Nama dia Syamsuzzaman / orang panggil Syam. Aku memang rapat ah dengan dia. Lepas kem pun kitorang contact lagi. 29 hb hari tulak birthday dia. Jadi, aku cadang nak bagi dia hadiah sebab dia kawan karib aku. Tapi, bila aku call umah makcik dia kat AU3, makcik dia kata dia balik Tanjung. Jadi, aku cadang nak pergi hari Sabtu, tapi hari Sabtu aku sibuk sebab selain kerja kat Panasonic Air-Cond tu (12 jam maa!!) aku buat part-time bisnes sendiri. Aku buat editing and burning vcd. Jadi, aku pergilah rumah pakcik aku yang kat Seksyen 27 tu sampai malam dari pagi. Lepas tu, hari Ahad, makcik aku (isteri pakcik aku tulah) nak pergi Dataran Maybank sebab dia tukar ofis dari Dataran ke Menara Maybank. Aku ingat nak tumpang sampai Bangsar. Lagipun, pakcik dengan makcik aku kata diaorang nak singgah rumah kawan diaorang... Nak dijadikan cerita,... jap... sebelum tu, masa 24 - 25 hb hari tu (maknanya terus lepas habis kem) aku tidur rumah kawan aku tu. Ok, lepas tu, nak dijadikan cerita, kawan pakcik aku ni tak ada kat rumah dia. Dia kat Seremban. Jadi, kitaorang pun tukarlah plan. Kitorang pegi rumah makcik aku sorang lagi kat Kg. Datuk Keramat. Ingat nak naik LRT dari Datuk Keramatlah tapi entah macam mana, pakcik aku tu ajak pergi Alamanda. Tukar plan lagi, aku kata kat kawan aku tu yang aku tak jadi keluar dengan dia. Just singgah sekejap sebab aku nak pergi Alamanda (Syam tu pun sebenonya teringin sangat nak pegi Alamanda... kesian dia...). Dia kata ok. Lepas tu dia call balik sebab dia suruh datang dalam pukul 2.30 - 3.00 sebab katanya ada hal (nak keluarlah tu). Lepas lunch, kitorang pun bertolak pergi AU3. Lepas tu makcik aku kata, "eh, rumah along (sepupu pakcik aku) kat kawasan ni kan. Tapi kat mana ek? Patut alang2 dah sampai sini kita boleh singgah rumah dia" lepas tu, pakcik aku cadang nak telefon kampung tapi tak jadi. Yang aku pulak, silap bagi jalan, dah pakcik aku ingatkan aku kelentong sebab aku nak keluar dengan awek, jadi bagi jalan salah. Aku call Syam, tanya dia arah, pastu pakcik dia bagitau. Pendek cerita, bila aku tunjuk rumah kawan aku tu, pakcik dia ada kat luar nak bawa keluar motor. Nak dijadikan cerita lagi, makcik aku asyik tanya aku, "betul ke tu wan? betul ke tu rumah kawan kau??" lepas tu makcik aku kata, "Ya Allah Ya Tuhanku, keciknya dunia ni!" Yang pakcik aku belum aku tunjuk rumah lagi dia dah berhenti kereta. Lepas tu, pakcik aku salam dan peluk pakcik Syam tu. Yang makcik aku asyik gelak kuat-kuat. Kawan aku si Syam tu pun keluarlah sebab tak tahu pulak ada drama kat luar. Makcik Syam pun keluar dan pakcik ngan makcik aku bersalam dengan mesranya. Rupanya, kawan karib aku yang aku baru kenal kat kem dan siap tidur rumah dia lagi tu rupanya makcik dia sepupu pakcik aku. Dah aku kena panggil makcik dia Mak Long gak. Kira setaraflah aku dengan Syam... hehehe... Itulah, nak dijadikan cerita, Allah nak hubungkan balik silaturrahim. Memang dia orang ada jumpa raya 2003, tapi tak tahu rumah kat mana sebab raya jumpa kat kampung. Jadi, akulah yang jadi utusannya. Memang lawak. Sampai sekarang aku tergelak kecil bila kenang balik. Lawak beb!!! Kesimpulannya, jadilah persinggahan yang kononnya untuk 5 minit je (untuk aku borak dengan Syam tu) kepada 1 jam perjumpaan Jejak Kasih... Inilah takdir... Inilah kuasa Tuhan... Alangkah kecilnya dunia ini!!! Wallahua'lam...

Posted at 04:25 am by I Z W A N
Korang kata...?  

Saturday, January 01, 2005
[Fotolog] : Happy 2nd Birthday MLLK!!

epi beday!!

Selamat Hari Lahir yang kedua buat jurnal Menyelami Liku-Liku Kehidupan yang amat ku sayangi dan kucintai ini. Tak sangka dah 2 tahun umur MLLK yang mula online sejak 1 Januari 2003. Rasa macam baru sebulan lepas MLLK ni online. Kalau manusia, dah tumbuh gigi susu dan MLLK ni. Tak de hadiah ke? Hehe.. :-) Takdelah.. gurau je... Ok, happy 2nd birthday MLLK !!!


Posted at 12:00 am by I Z W A N
Korang kata...?  

Friday, December 17, 2004
[Fotolog] : Satu gambar lagi!

Sekadar untuk kenangan... gambar kat bawah tu ditangkap oleh kawan aku untuk dijual kepada form. Aku ialah yang berdiri 4 dari kanan. Tengok betapa mesranya kami sekelas. Aku rasa sejak aku masuk SMAP ni kelas 5 Sains Al-Battani ialah the best class!! Sebab ukhwah kami memang rapat. Antara putera-puteri pun tak pernah berselisih pendapat. Buktinya? Tengok sendirilah kat gambar bawah tu!!

Putera-Puteri 5 Sains Al-Battani!!

PUTERA-PUTERI 5 SAINS AL-BATTANI! MISS YOU ALL!!

KIRI KE KANAN :

LINE BELAKANG SEKALI :: HAFIFI, NAUFAL, WADO', NIRWAN, APES, AKU, RAISS, YAT, ASRI

BERDIRI SECOND LINE :: MANJUNG, SAFWAN, HIDAYAH, MARSILA, RAJA, WAN, CAIM, PAIÉ, UDY

DUDUK SECOND LINE :: IZAH KARIM, AMALIA, UNA, HAYATI, MARDHIAH, IKA, UYUN, IZAH BAKAR

DUDUK DEPAN SEKALI :: DAMIA, NADIAH NIK PA, IZYANI, ZAHIDAH

NAK GAMBAR LAGI CLEAR DENGAN KOMEN2NYA SEKALI, GI KAT SITE NIH :
http://www.circles99.com/circles/image.php?uMode=view&uImage=00825043


Posted at 05:31 pm by I Z W A N
Kata2 korang(2)  


Previous Page Next Page




Khairul Idzwan was born on 22nd of May 1987 (23 Ramadhan), Friday, at 7.43 a.m in Klang, Selangor (Pantai Specialist Medical Centre). Currently he is staying in Alam Megah, Section 28, Shah Alam and he is an ex-SMAPian [SMA Persekutuan, Labu, Seremban]. He studied at SMA Persekutuan since 2000 and he is still waiting for letter of offer from IPT.

MLLK Chronologies :

December 2002 > Started writing in 'Seperti Yang Diceritakan Oleh'

1 January 2003 > MLLK officially launched with its new look

1 January 2004 > MLLK 1st Birthday

10 December 2004 > MLLK new look for its 2nd birthday was launched

20 December 2004 > Received an award in Golden Web Awards 2003/2004

1 January 2005 > MLLK 2nd Birthday


Vote 4 me-lah!





   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


Main Page

MLLK History
Credit
Izwan's Profile
Links


MLLK v0 2002 Journal
MLLK v1 2003 Journal
MLLK v2 2004 Journal
MLLK v3 2005 Journal
ADMIN
Read Guestbook
Sign Guestbook

© i z w a n 2002-2005





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed