Entry: [Monolog] : SK vs Sekolah Jenis Kebangsaan!! Wednesday, March 16, 2005



Isu SJK dan SK masih wujud lagi nampaknya. Bagi aku, isu ni tak harus wujud kalau pihak yang berkenaan berfikir sejenak tentang masa depan anak cucu bangsa Malaysia ni. Yelah, bayangkan kalau dipisah-pisahkan sejak sekolah rendah lagi, bila mereka nak bertemu? Kan? Aku masa sekolah kebangsaan dengan masa aku masuk sm harian dulu, aku amat rapat dengan kawan-kawan bangsa asing ni. Bukan apa, sebab aku nak tunjukkan dekat kawan-kawan Melayu aku ni yang takde salahnya kita rapat dengan diaorang. Secara jujur aku cakap, aku paling tak berkenan bila aku tengok dekat restoran ke, shopping complex ke, Melayu dengan Melayu je, India dengan India je, Cina dengan Cina je. Kalau macam tu, apa gunanya kerajaan dok sibuk melalak negara ni negara pelbagai kaum yang unik. Rakyat makan sama-samalah, main sama-samalah. Kalau kerajaan merujuk pada tahun 70an-90 an memanglah betul. Tapi, zaman millennium ni, apa yang aku nampak, dalam hati setiap rakyat Malaysia yang berlainan bangsa ni macam wujud kata-kata "Kau-kau, aku-aku". Betul!

Masa sekolah rendah dulu, aku makan sama-sama dengan kawan-kawan bangsa lain, pergi open house diaorang, borak-borak sama-sama, tak mati pun? Takde pun mereka berprasangka kat aku? Kadang-kadang kita yang terlebih perasan. Padahal, diaorang takde apa-apa pun! Macam mana nak mengatasi masalah ni? Senang je! Kita mansuhkan SJK, kita jadikan SK dan SMK sebagai satu-satunya tempat untuk BANGSA MALAYSIA belajar. Tapi, apakan daya aku, cakap memanglah senang, tapi aku bukannya penggubal dasar negara, bukannya pemimpin negara. Jadi, kata-kata orang macam kita ni dipandang sepi je oleh 'orang besar-besar' ni! Tapi, tak tahulah kan? Kata orang mata pena lebih tajam dari mata pedang. Cuma masalahnya, aku guna keyboard, takde matalah... Hmm.. macam mana ye? Entahlah...

Ok, tentang kata-kata aku tadi. Cuba bayangkan, kerajaan kata "Setelah berbincang dan parlimen luluskan, dengan ini saya ishtiharkan SJK dimansuhkan dan semua kaum akan belajar di SK dan SMK". Aku pasti, kaum Melayu rileks je. Kaum Cina dengan India yang anak-anaknya belajar kat SK dan SMK rileks je. Tapi, kaum Cina dengan India yang anak-anaknya di SJK? Huh.. "Mana boleh..Nanti itu budaya India anak saya tarak tau punya!". Yang Cina pula... "Talak boleh maa!! Nanti macam mana anak saya mau belajar itu Mandarin?". Tapi, cuba kalau kita fikir jauh ke hadapan. Maknanya, kita wujudkan kelas Bahasa Mandarin kepada bangsa Cina, kelas Bahasa Tamil kepada Bahsa India, kelas Bahasa Arab kepada bangsa Melayu (kesemuanya kepada yang berminat sahajalah). Kan bahasa asal mereka masih boleh dipelajari. Bukan tak boleh nak buat. Kalau kelas agama untuk yang agama Islam dengan Moral untuk yang tak Islam boleh dibuat, kenapa tidak dengan kelas bahasa? Lagipun, SJK ni kan agenda penjajah dulu untuk memisahkan kaum-kaum yang ada kat negara Malaysia yang tercinta ni. Kalau mereka ni dipisah-pisahkan, macam mana Bangsa Malaysia nak wujud???? Fikirkanlah sejenak demi masa depan negara kita...!!

Haa!! Kan dah panjang aku membebel ni... Sorilah kalau boring tapi aku nak tahu pandangan korang juga. Jadi kalau boleh, tulislah pandangan korang kat sini. Lagi satu, siapa berminat nak jadi penulis jemputan dekat blog aku ni, sila e-mel aku (
niezwan@email.com) ok?

   4 comments

web design
June 25, 2009   03:46 PM PDT
 
nak cari 1000 dalam 1
malaysia web design
June 23, 2009   12:33 PM PDT
 
kalau masih wujud best la
web design
April 16, 2009   05:48 PM PDT
 
sekurang-kurangnya ada pendapat
nova78444
January 30, 2009   08:26 AM PST
 
btul gak kata ko ni, izwan.. xkan klas bahasa x bleh diwujudkan.. mcm klas agama dan moral tu.. aku rsa ia patut diketengahkan.. huhu.. mungkin org2 besar tak terpikir pun tentang idea ni.. diorg pun tgh blurr.. hehe.. pepandai je aku ni kan.. tu la pendpt aku.. aku setuju dgn idea ko tu..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments